‘Ozil Bukan Lagi Yang Dulu’ - Bola Sepak | mStar

‘Ozil Bukan Lagi Yang Dulu’

Diterbitkan: Ahad, 3 Disember 2017 7:50 AM

Mesut Ozil. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain Manchester United, Rio Ferdinand mengakui beliau tiada halangan untuk menerima Mesut Ozil di Old Trafford sebaik kontrak pemain itu dengan Arsenal tamat pada musim panas.

Dengan kontrak yang ditandatangani dari Real Madrid pada 2013, Ozil akan meninggalkan Stadium Emirates.

Pemain berumur 29 tahun itu menikmati tempoh terbaik dalam kariernya di bawah Jose Mourinho selama tiga musim di Sepanyol.

Maka tidak hairanlah Ozil dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.

Ditanya mengenai Ozil di Old Trafford, Ferdinand berkata, beliau menerimanya dengan tangan terbuka.

"'Sejak beliau menyertai Liga Perdana Inggeris, beliau mendapat paling banyak peluang dan peluang yang dibina oleh seluruh bahagian, maka dapat menjelaskan standardnya.

"Saya pernah bermain menentangnya semasa beliau di Real Madrid dan beliau adalah pemain yang berbeza dari apa yang saya lihat di sini.

"Beliau pantas, dan dengan keupayaan teknikalnya, saya akan membawanya ke Man United untuk perpindahan percuma sepanjang hari, tanpa was-was," kata Ferdinand. - Mail Online


Tags / Kata Kunci: Mesut Ozil

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan