Sam Allardyce Pilihan Everton - Bola Sepak | mStar

Sam Allardyce Pilihan Everton

Diterbitkan: Rabu, 29 November 2017 9:43 AM

(Ubah saiz teks)

SAM Allardyce bakal diumumkan sebagi pengurus Everton yang baharu selepas kelab berkenaan memecat Ronald Koeman.

Daily Mail mendakwa, pengumuman itu bakal dibuat dalam tempoh 48 jam dengan legenda Liverpool, Sammy Lee akan ditugaskan sebagai penolong jurulatih.

Kata putus dilapor akan dibuat Everton apabila Allardyce bertemu pemegang saham terbesar Everton, Farhad Moshiri di London.

Allardyce dikatakan telah bergegas pulang daripada bercuti bersama isteri bagi menemukan Moshiri untuk melengkapkan kontrak.

Bagaimanapun, sejumlah besar perjnajian telah dipersetujui termasuk gaji berjumlah £6 juta setahun.

Berikutan itu, bekas jurulatih England berkenaan dijangka akan mengemudi skuad tersebut apabila turun menetang Huddersfield pada Sabtu ini.

Tags / Kata Kunci: Everton , Sam Allardyce
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan