Pardew Pengurus Baharu West Bromwich - Bola Sepak | mStar

Pardew Pengurus Baharu West Bromwich

Diterbitkan: Rabu, 29 November 2017 7:40 PM

(Ubah saiz teks)

WEST Bromwich Albion melantik pengurus baharu menggantikan Tony Pulis.

West Bromwich mengesahkan pelantikan Alan Pardew sebagai pengurus baharu dengan kontrak selama dua tahun setengah.

The Baggies memecat Pulis minggu lalu berikut prestasi pemain yang tidak menentu.

Bekas pengurus Gary Megson mengambil alih tugas sementara ketibaan Pardew.

"Saya teruja dengan peluang yang diberikan di Albion dan bersedia untuk bekerjasama dengan pemain-pemain yang berbakat.

"Cabaran utama pastinya untuk mendapat keputusan yang baik dan semua orang perlu bekerja keras," ujarnya.

Pardew merupakan bekas pengurus Crystal Palace yang dipecat pada December 2016.

Manakala West Brom kini berada di kedudukan ke-16 liga, hanya dua mata menghampiri zon penyingkiran.

Tags / Kata Kunci: Alan Pardew
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan