Nasib Lukaku Masih Samar-Samar - Bola Sepak | mStar

Nasib Lukaku Masih Samar-Samar

Diterbitkan: Isnin, 27 November 2017 8:46 AM

Paparan skrin yang diambil daripada video menunjukkan Lukaku menendang Bong. - Sport Premium

(Ubah saiz teks)

ROMELU Lukaku boleh terlepas 'derby' Manchester pada bulan depan sekiranya Persekutuan Bola Sepak (FA) memutuskan untuk menghukum penyerang itu kerana menendang Gaetan Bong.

Terdapat bukti daripada rakaman video menunjukkan penyerang Manchester United itu menendang pemain pertahanan Brighton tersebut sebanyak dua kali di pangkal paha.

Kejadian itu tidak disedari oleh pengadil Neil Swarbrick, tetapi FA telah campur tangan sekaligus membuatkan Lukaku berisiko untuk tidak ke Arsenal dan Old Trafford dalam perlawanan menentang Manchester City.

FA akan mengkaji semula nota Swarbrick, tetapi telah melihat rakaman awal insiden itu.

Lebih banyak video akan disemak sebelum menentukan sama ada tindakan perlu diambil terhadap penyerang kelahiran Belgium itu. - Metro

Tags / Kata Kunci: Romelu Lukaku

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan