Ozil Dedah Dapat Tawaran ‘Serius’ United

Diterbitkan: Jumaat, 24 November 2017 7:14 PM

(Ubah saiz teks)

MESUT Ozil mendedahkan dia mendapat tawaran daripada Manchester United semasa mengadakan perbincangan dengan Fenerbahce.

Kontrak pemain berusia 29 tahun itu bersama Arsenal akan berakhir pada hujung musim ini.

Dan United boleh mendapatkan khidmatnya secara perpindahan percuma pada musim panas akan datang.

Menurut akhbar Turki, Sabah, Fenerbahce sudah bertanya kepada Ozil sama ada dia mahu menyertai kelab tersebut tahun depan.

Namun pemain kebangsaan Jerman itu dilaporkan sudah memberitahu Fenerbahce bahawa dia mahu kekal di England.

Malah, Ozil mendakwa dia sudah mendapat 'tawaran serius' daripada United.

Akhbar tersebut melaporkan Ozil percaya Old Trafford adalah destinasi yang sesuai untuk dirinya selepas meninggalkan Arsenal.

Ozil pernah bekerjasama bersama Mourinho selama tiga musim di Real Madrid dan menyifatkan pengendali Portugal itu amat memahami dirinya.

Awal minggu ini, laporan di Sepanyol turut mendakwa Barcelona juga berminat untuk mendapatkan khidmat Ozil.

Catalunya Radio melaporkan Barca sudah mengadakan rundingan dengan ejen Ozil, Dr Erkut Sogut dengan kontrak selama tiga tahun setengah telah dipersetujui.

Ozil bebas untuk berunding dengan mana-mana kelab pada Januari depan jika dia tekad tidak memperbaharui kontraknya bersama Arsenal.

Tags / Kata Kunci: Mesut Ozil

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan