Bekas Jurulatih Malaysia Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 24 November 2017 9:38 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS jurulatih skuad bola sepak Malaysia pada 2000 hingga 2004, Allan Harris meninggal dunia pada usia 74 tahun.

Berita pemergian Harris diumumkan Queens Park Rangers (QPR) menerusi laman Twitternya malam Jumaat.

Bagaimanapun punca kematian Harris yang juga bekas pemain pertahanan QPR dan Chelsea tidak didedahkan.

"QPR bersedih dengan berita kematian bekas pemain pertahanan QPR dan pembantu pengurus Allan Harris. Semoga rohnya tenang di sana," demikian menurut kenyataan dalam Twitter @QPRFC.

Chelsea menerusi laman webnya turut mengucapkan takziah di atas pemergian Harris.

"Kelab bola sepak Chelsea turut bersedih di atas pemergian Allan Harris, bekas pemain pertahanan kami yang pernah melakukan mewakili pasukan pada 1960. Dia berusia 74 tahun," demikian menurut kenyataan tersebut.

Harris yang menggantikan tempat Claude Leroy, jurulatih dari Perancis pernah membantu skuad Malaysia meraih pingat perak pada kejohanan Sukan SEA 2001. 

Tags / Kata Kunci: Allan Harris

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan