Sime Darby FC Tarik Diri

Diterbitkan: Khamis, 23 November 2017 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelab bola sepak Sime Darby FC (SDFC), yang mengesahkan slot ke Liga  Perdana 2018 selepas menjuarai Piala FAM musim ini, melakukan kejutan apabila mengambil keputusan untuk menarik diri daripada saingan Liga Perdana musim depan.

Keputusan drastik itu diumumkan oleh kelab tersebut menerusi laman sesawangnya www.simedarbyfc.com.

Bagaimanapun, kelab itu mengesahkan bahawa mereka akan tetap bertanding dalam Liga Bola Sepak Bahagian Satu Kuala Lumpur yang bermula 7 Disember ini kerana merupakan ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).

Kelab berkenaan memaklumkan mereka akan memberi fokus kepada program pembangunan bola sepak bawah 12 tahun bermula Januari depan di Padang Latihan SDFC, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Tiada sebab dinyatakan kelab berkenaan mengenai punca mereka menarik diri namun ia dipercayai akibat peningkatan kos kewangan yang terpaksa ditanggung pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia setiap tahun.

Untuk rekod, SDFC atau lebih dikenali dengan panggilan ‘The Giant Killers' mula mencipta nama setelah muncul juara Piala FAM pada 2010 sebelum layak beraksi dalam saingan Liga Perdana selama tiga tahun dari 2011-2013.

Pasukan berkenaan beraksi dalam Liga Super selama dua musim dari 2014-2015 sebelum turun ke Liga Perdana pada 2016.

Pencapaian terbaik pasukan berkenaan adalah mara ke final Piala FA pada 2012 namun tewas 1-0 kepada Kelantan pada aksi final.

Mereka pernah dinobatkan sebagai kelab bola sepak terbaik pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan pada tahun yang sama. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sime Darby FC

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan