Punca Disebalik Kebangkitan Sevilla

Diterbitkan: Khamis, 23 November 2017 8:29 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Sevilla Eduardo Berizzo mendedahkan punca yang menaikkan semangat anak buahnya untuk bangkit mengikat Liverpool 3-3 pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu.

Berizzo memberitahu anak buahnya bahawa dia menghidap penyakit kanser prostat.

Liverpool dilihat akan memenangi saingan itu tetapi Sevilla bangkit pada 30 minit terakhir untuk merapatkan jurang tiga gol dengan Liverpool.

Ternyata, berita sedih itu memberi tamparan hebat kepada pemain Sevilla tetapi mereka berazam mengikat Liverpool demi Berizzo.

Pada pagi Rabu, pengendali dari Argentina itu disahkan menghidap kanser prostat dan Presiden Sevilla, Jose Castro memberikan reaksi balas terhadap laporan tersebut sejurus keputusan seri 3-3.

"Memandangkan ia isu peribadi dan sukar, saya lebih suka menunggu hari esok (Rabu)," katanya kepada stesen radio Sepanyol, Cope.

Pemain tengah Sevilla, Ever Banega berkata semua di kelab itu berada di belakang Berizzo.

"Dia amat penting kepada kami, dia berada di laluan yang tepat dan kami sentiasa menyokongnya," kata Banega.

Sementara itu, Pengurus Liverpool Jurgen Klopp bagaimanapun mengakui anak buahnya tidak mempunyai masalah mentaliti selepas peluang mereka untuk menang disekat pada babak kedua.

"Saya tidak meragui mentaliti pemain saya, tidak sedikipun. Mereka sudah memberikan yang terbaik.

"Ya, ia tidak sempurna tapi ia bukan masalah utama. Boleh kita lakukan lebih baik? 100%. Saya tidak fikir ia masalah mentaliti. Ia hanya satu kesilapan," kata Klopp.

Tags / Kata Kunci: Eduardo Berizzo , Sevilla

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan