Ozil Boleh Ke Barcelona Tapi... - Bola Sepak | mStar

Ozil Boleh Ke Barcelona Tapi...

Diterbitkan: Khamis, 23 November 2017 10:51 PM

Mesut Ozil. Foto AP

(Ubah saiz teks)

BINTANG Arsenal, Mesut Ozil mahu perjanjian £330,000 (RM1.8 juta) seminggu untuk berhijrah ke kelab gergasi La Liga, Barcelona.

Pemain skuad kebangsaan Jerman itu memberitahu Barcelona bahawa beliau hanya akan menandatangani bersama mereka sekiranya tuntutan bayarannya dipenuhi.

Menurut laporan, Ozil akan memperoleh pendapatan kasar €19 juta (RM94.47 juta) setahun.

Pemain berumur 29 tahun itu turut dilaporkan mahu sejumlah bonus.

Terdahulu, Sportsmail mendedahkan Barcelona bersedia dengan £17 juta (RM92.9 juta) untuk pertukaran Ozil pada Januari depan. - Mail Online


Tags / Kata Kunci: Mesut Ozil
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan