Harimau Malaya Ulangi Rekod Terburuk

Diterbitkan: Khamis, 23 November 2017 11:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi menjunam ke tahap terburuk dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) apabila jatuh ke tangga 174 dalam ranking terbaru yang diumumkan oleh badan induk dunia itu, Khamis.

Kedudukan terburuk itu adalah mengulangi pencapaian sama yang dicatatkan oleh Harimau Malaya pada April tahun lepas.

Skuad bimbingan jurulatih kelahiran Portugal, Nelo Vingada itu jatuh empat anak tangga berbanding kedudukan ke-170 bulan lalu selepas mengalami kekalahan dua kali berturut-turut dengan keputusan 4-1 kepada Korea Utara pada kempen pusingan kelayakan Piala Asia 2019.

Susulan kekalahan itu, Malaysia tersingkir daripada pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Sebelum itu, dalam saingan Kumpulan B, Harimau Malaya turut kalah 2-1 dengan Lubnan, seri 1-1 dan kalah 2-0 dengan Hong Kong sebelum melengkapkan jadual dengan menentang Lubnan, Mac depan.

Sejak dilantik ketua jurulatih Harimau Malaya, Mei lepas, Vingada gagal meraih sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan yang dilalui oleh skuad kebangsaan itu.

Untuk rekod, kedudukan ranking terbaik pernah dicapai Malaysia ialah di kedudukan ke-75 pada tahun 1993 dan ke-89 dunia pada tahun 1994.

Menurut laman web rasmi Fifa, www.fifa.com, skuad kebangsaan turut berkongsi kedudukan di tangga ke-174 bersama Kosovo dan St Lucia serta meninggalkan Malaysia di kedudukan kelapan dalam ranking negara Asean.

Filipina muncul pasukan terbaik dalam Asean dengan kedudukan dunia di tangga ke-118 dikuti Vietnam (125), Thailand (132), Myanmar (150), Indonesia (154), Singapura dan Kemboja (170), Malaysia (174), Laos (184), Brunei (190) dan Timor Leste di tangga ke-196.

Sementara itu, Iran kekal pasukan terbaik Asia dengan menduduki ranking ke-32 dunia, naik dua anak tangga, diikuti Australia (39), Jepun (55) dan Korea Selatan (59).

Jerman mengungguli kedudukan terbaik dunia diikuti Brazil, Portugal, Argentina, Belgium, Sepanyol, Poland, Switzerland, Perancis dan Chile. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Harimau Malaya , Fifa

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan