Bolasie Kembali Selepas Hampir Setahun - Bola Sepak | mStar

Bolasie Kembali Selepas Hampir Setahun

Diterbitkan: Rabu, 22 November 2017 10:00 PM

Winger Yannick Bolasie.

(Ubah saiz teks)

WINGER Yannick Bolasie kembali beraksi apabila dilihat berlatih bersama skuad pertama Everton pada Rabu selepas pulih daripada kecederaan lutut hampir setahun yang lalu.

Bolasie yang menyertai Everton dari Crystal Palace tahun lalu tidak dapat bermain sejak kecederaan yang dialaminya semasa perlawanan menentang Manchester United dengan terikat seri 1-1 pada Disember tahun lepas.

Jurulatih sementara, David Unsworth berkata, pemain berumur 20 tahun itu bakal kembali menyertai pasukan pada Tahun Baharu.

Everton kini pada kedudukan ke-16 Liga Perdana Inggeris dengan 12 mata.

Ia mencatatkan tiga kemenangan, tiga seri dan enam kekalahan.

Kelab tersebut bakal berdepan dengan Southampton pada Ahad. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Winger Yannick Bolasie , Everton
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan