Lukaku Setuju Bayar Pampasan Kepada Polis

Diterbitkan: Rabu, 22 November 2017 8:10 AM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Manchester United, Romelu Lukaku bersetuju membayar wang pampasan kepada polis Beverly Hills selepas mereka bertindak terhadap lima aduan bunyi bising di sebuah kediaman yang disewa pemain tersebut pada musim panas lalu.

Lukaku ditahan pada Julai lalu, seminggu sebelum menyertai United dari Everton dengan bidaan bernilai 75 juta pound sterling.

Pemain kebangsaan Belgium itu akan membayar 340 pound sterling sebagai ganti rugi kepada polis.

Ini bermakna pertuduhan itu dikurangkan daripada kesalahan kecil yang membawa hukuman maksimum enam bulan penjara.

Sebaliknya, Lukaku hanya akan didakwa atas pertuduhan mengganggu ketenteraman yang membawa hukuman denda 76 pound sterling dan kos lain serta penalti.

Kes akan didengar semula di Mahkamah Lapangan Terbang Los Angeles pada 18 Disember depan.

Tags / Kata Kunci: Romelu Lukaku

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan