Sepatutnya FAM Bantu, Bukan Salahkan Pahang - Khalid Ali

Diterbitkan: Rabu, 22 November 2017 11:48 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebagai badan induk bola sepak di negara ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sepatutnya membantu Kedah mendapatkan lesen AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia), ujar Khalid Ali.

Bekas bekas pemain kebangsaan dan pengkritik bola sepak itu berkata demikian selepas Kedah tidak layak bertanding pada Piala AFC kerana gagal mendapatkan lesen AFC.

Berikutan itu, FAM menawarkan Pahang untuk mewakili negara menggantikan Kedah, namun malangnya, Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) menolak tawaran berkenaan kerana hanya mahu menumpu perhatian dalam liga domestik sahaja musim depan.

"Yang layak ke AFC adalah pasukan Kedah sebab mereka lebih baik daripada Pahang. Jadi sepatutnya perlu tumpukan kepada Kedah untuk dapatkan lesen.

"Saya tidak tahu apa masalah dalam FAM tetapi ia adalah isu yang kurang baik. Saya yakin Kedah pun dah bersedia bermain untuk AFC kerana sepanjang dua tahun mereka telah menunjukkan yang terbaik. Sepatutnya kena ada tolong-menolong di situ," ujarnya kepada mStar Online.

Jelas Khalid, tindakan Pahang menolak tawaran FAM mungkin kerana mereka mempunyai sebab tersendiri.

"Mereka tak mahu mungkin kerana faktor kewangan - sebab kos beraksi dalam Piala AFC lebih sekali ganda daripada Liga Super dan mungkin juga mereka belum bersedia.

"Kalau Pahang tolak, kita tidak boleh menghukum mereka. Memang Pahang ada lesen, tapi bajet untuk AFC tak ada, dan mungkin belum sedia.

"Selepas Pahang tolak, slot akan ditawarkan kepada PKNS FC. Saya rasa PKNS  pun tak mampu, tambahan pula ranking semasa mereka tidak begitu baik.

"Dalam isu ini kita tidak boleh salahkan sesiapa. Sepatutnya siapa yang layak, dialah pergi. Tak ada penolakan memberi peluang kepada pasukan lain.

"Sebelum ini tidak pernah timbul isu seperti ini. Sekarang ni pengurusan FAM macam kelam kabut sedikit. Pengurusan kena perbetulkan dulu," tambahnya

Tags / Kata Kunci: Khalid Ali

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan