Hajat Swafoto Tak Kesampaian

Diterbitkan: Selasa, 21 November 2017 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

HASRAT seorang peminat untuk berswafoto dengan bintang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo tidak kesampaian apabila perbuatan lelaki terbabit disedari tujuh pengawal peribadi yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Lelaki tersebut yang menyamar sebagai wartawan berjaya memasuki kawasan yang dikhaskan untuk petugas media sebaik sahaja Ronaldo dan rakan pasukannya tiba di sebuah hotel di Nicosia menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang APOEL.

Satu rakaman video menunjukkan lelaki berusia 32 tahun itu dengan telefon bimbit ditangannya meluru ke arah Ronaldo yang baharu sahaja turun dari turun dari bas pasukan tersebut.

Salah seorang pengawal berjaya menghalang lelaki itu dan kemudian bertindak mengheretnya keluar daripada kawasan khas tersebut.

Semasa kejadian, Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi secara kebetulan menginap di hotel sama dengan pemain Real.

Oleh itu, tahap keselamatan di sekitar hotel terbabit dipertingkatkan ketika itu.

Ini bukan insiden pertama membabitkan penyokong Ronaldo. 

Pada bulan lalu, seorang penyokong memakai jersi Real Madrid meluru masuk ke dalam padang ketika aksi menentang Getafe semata-mata mahu bertemu dengan Ronaldo.

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , Real Madrid

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan