Atuk Stefano Dedah Masa Depan Bersama Kedah

Diterbitkan: Selasa, 21 November 2017 8:44 AM

(Ubah saiz teks)

INDIVIDU penting di sebalik kejayaan Kedah musim ini yang turut disayangi penyokong skuad hijau kuning mendedahkan masa depannya bersama skuad gergasi utara itu.

Stefano Impagliazzo atau lebih mesra digelar atuk Stefano oleh penyokong mahu kembali sebagai jurulatih kecergasaan pada musim depan.

Stefano, 69, yang sedang bercuti di kampung halamanya di Brazil bersama keluarga mengakui mula merindui skuad Kedah dan bandar Alor Setar.

Berikutan itu, graduan Universiti Rio De Janeiro itu sedia kembali ke Alor Setar pada 7 Disember ini bagi meneliti kontrak baharu.

"Saya sudah menjadi sebahagian dari keluarga barisan pemain bola sepak Kedah dan penyokong. Saya rindukan mereka semua.

"Walaupun pernah berkerja di Thailand dan beberapa negara Arab, tapi saya lebih selesa di Alor Setar. Isteri saya juga suka dan tidak menghadapi sebarang masalah.

"Pegawai KFA (persatuan Bola Sepak Kedah), penyokong dan penduduk Alor Setar semua penyayang dan mereka mudah saling membantu. Sebab itu saya sangat rindukan mereka.

"Seperti penyokong, saya juga ternanti-nantikan individu yang akan dilantik sebagai jurulatih Kedah musim depan kerana saya akan berkerja di bawahnya.

"Tetapi itu urusan pihak atasan dan saya bersedia untuk terus berbakti dan memberikan yang terbaik untuk skuad hijau kuning," katanya yang mula bertugas di negara ini bersama Kedah pada tahun 2004.

Selain Kedah, Stefano pernah bertugas sebagai jurulatih kecergasan untuk pasukan T-Team dan Terengganu pada 2014 dan 2015.

Sebelum itu, indiviu yang sering menarik perhatian penyokong dengan dengan aksi yang bersahaja pernah berkhidmat bersama kelab di Arab Saudi, Qataar, Bahrain, China dan Brazil.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Stefano Impagliazzo

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan