Teruskan Mo!

Diterbitkan: Ahad, 19 November 2017 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

JURGEN Klopp menghantar mesej ringkas kepada Mohamed Salah selepas pemain berusia 25 tahun itu memecah rekod pada musim pertama kariernya di Anfield.

"Teruskan Mo!," demikan kata Klopp kepada Salah.

Pemain Mesir itu menjaringkan 14 gol dalam 18 perlawanan sejak berhijrah dari Roma pada Ogos lalu.

Malah Salah menjaringkan dua gol ketika Liverpool menang 3-0 ke atas Southampton pada aksi Liga Perdana Inggeris, malam Sabtu.

Dengan sembilan gol daripada 12 penampilan EPL pertamanya menjadikan Salah pemain paling produktif bersama Liverpool sekali gus mengatasi rekod Robbie Fowler.

"14 gol dalam 18 perlawanan untuk Mo? Teruskan!

"Penyudah kemas daripada Mo menjadikan perlawanan ini sedikit berbeza. Gol kedua, menakjubkan," kata Klopp.

Dengan kemenangan itu, Liverpool menduduki tangga kelima, ketinggalan 12 mata dibelakang pendahulu Manchester City.

Tags / Kata Kunci: Mohamed Salah , Liverpool

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan