Dedah Bukti Atau Berdepan Saman

Diterbitkan: Ahad, 19 November 2017 11:11 AM

(Ubah saiz teks)

PEMILIK akaun Facebook, Muhammad Ridzwan dicabar untuk mendedahkan bukti dan sumber yang diperolehi berhubung dakwaannya mengenai jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff dan enam pemain Lang Merah menerima rasuah pada final Piala Malaysia, 4 November lalu.

Penasihat perundangan kepada Nidzam, Datuk Iszam Kamal Ismail berkata, Muhammad Ridzwan diberi tempoh 14 hari bermula Sabtu untuk berbuat demikian dan kalau gagal pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadapnya berhubung dakwaan fitnah tersebut.

“Tuduhannya terlalu berat hingga menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Nidzam serta pemain Kedah."Jadi, kami mahu dia hadir di balai polis untuk beri keterangan dan kemukakan segala bukti yang ada. Jika dia gagal berbuat demikian dalam tempoh itu serta enggan membuat permohonan maaf, kami tidak teragak-agak untuk memfailkan saman terhadapnya.

“Tujuan kami mengambil tindakan ini juga sebagai memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan apa saja di laman sosial hingga menjatuhkan nama baik individu tertentu,” kata Iszam selepas memberi keterangan di Balai Polis USJ 8, di sini, Sabtu.


Pada 9 November lalu, Nidzam  membuat laporan polis selepas dakwaan beliau bersama enam pemain Kedah - Arif Farhan Isa, Rizal Ghazali, Amirul Hisyam Awang Kechik, Syazwan Zainon, Ifwat Akmal Che Kassim dan kapten, Khairul Helmi Johari - didakwa menerima rasuah dan menjual perlawanan final Piala Malaysia.

Malah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  pada Isnin lalu mengesahkan melakukan pemeriksaan awal ke atas skuad Kedah susulan dakwaan rasuah terbabit.

Pada perlawanan akhir itu, Lang Merah yang juga juara bertahan Piala Malaysia tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) hasil jaringan Aidil Zafuan Abd Radzak dan Gonzalo Cabrera.

Sementara itu, Nidzam yang turut hadir menjelaskan beliau mahu namanya dibersihkan kerana tuduhan itu turut memberi kesan kepada keluarganya.

“Saya harap polis dapat membuat siasatan secara terperinci untuk selesaikan masalah ini kerana ia boleh menjejaskan nama dan masa depan kerjaya saya,” katanya. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: Kedah , SPRM , Piala Malaysia

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan