De Roo Kunci Mulut

Diterbitkan: Ahad, 19 November 2017 2:42 PM

Peter De Roo.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Peter De Roo memilih untuk berdiam diri ketika diminta mengulas keputusan satu mesyuarat khas FAM berhubung prestasi buruk pasukan kebangsaan ketika ini.

Susulan kekalahan 1-4 skuad Harimau Malaya di tangan Korea Utara pada perlawanan pertama aksi Kelayakan Piala Asia 2019, Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam kenyataan dikeluarkan badan induk itu minggu lepas berkata satu mesyuarat bersama De Roo akan diadakan sebaik skuad negara pulang ke tanahair.

Menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan satu kaedah penambahbaikan dari segenap aspek buat pasukan kebangsaan di bawah kendalian Nelo Vingada.

Bagaimanapun, De Roo, 47, yang memulakan tugasnya bersama FAM pada Julai lalu dalam usaha badan induk itu menyusun semula struktur pembangunan bola sepak negara hanya 'mengunci mulut' ketika ditemui pemberita di Wisma FAM baru-baru ini.

"Kamu nakal. Saya harap anda tidak keberatan jika saya tidak menjawab soalan itu," jelas bekas pemain profesional yang memiliki 12 tahun pengalaman beraksi di liga divisyen 2 Belanda itu.

Prestasi buruk skuad kebangsaan dengan hanya sekadar meraih satu keputusan seri dalam tujuh perlawanan di bawah bimbingan Nelo Vingada mendapat perhatian ramai apatah lagi ia menutup peluang skuad kebangsaan layak ke saingan Piala Asia 2019.

Pada masa sama, nasib Vingada selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan turut menjadi tanda tanya.

Segelintir bintang legenda dan pengkritik bola sepak negara berpendapat Vingada harus dipecat, namun sehingga kini FAM masih belum membuat sebarang keputusan. - BERNAMA     

Tags / Kata Kunci: FAM , Harimau Malaya

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan