United Sedia Bida Semula Bale

Diterbitkan: Sabtu, 18 November 2017 11:16 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United bersedia mengemukakan bidaan ketiga terhadap pemain sensasi Real Madrid, Gareth Bale untuk kembali beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris.

Malah Real dikatakan sudah bersedia untuk melepaskan Bale yang sering bergelut dengan kecederaan.

Jose Mourinho amat mengagumi bintang Wales itu dan tidak putus-asa untuk mendapatkan khidmatnya walaupun Bale sering dihantui masalah kecederaan sejak akhir-akhir ini.

Bale terlepas 40 daripada 60 perlawanan bersama Real dan kelab gergasi La Liga itu bersedia melepaskannya selepas lima tahun berkhidmat di Santiago Bernabeu.

Dan Mourinho berharap dapat memuktamadkan perpindahan pemain berusia 28 tahun itu pada Januari depan, lapor The Mirror.

United terlepas peluang untuk membawa masuk Bale ke Old Trafford dari Tottenham Hotspur pada 2013.

Malah Red Devils pernah menawarkan bidaan terhadapnya pada 2016 sebelum Bale memutuskan untuk memperbaharui kontraknya.

Real Madrid mungkin menuntut bidaan sebanyak 85 juta pound sterling daripada United yang begitu berminat terhadap Bale.

Tags / Kata Kunci: Gareth Bale

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan