Adam, Selamat Datang Ke JDT!

Diterbitkan: Sabtu, 18 November 2017 8:10 PM

Adam Nor Azlin. Foto Facebook Johor Southern Tigers

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain pasukan bola sepak Bawah 22 (B-22) negara, Adam Nor Azlin disahkan menyertai kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest menerusi satu kenyataan di halaman Facebook Johor Southern Tigers pada petang Sabtu.

Martin berkata, pasukan itu teruja dengan penyertaan pemain muda baharu berkenaan.

“Beliau merupakan sebahagian pelan jangka panjang kami. Beliau memahami projek bola sepak kami. 

“(Adam) seseorang yang memiliki karakter untuk melakukan yang terbaik, berkembang sebagai pemain dan mempunyai keinginan untuk memenangi kejuaraan,” kata Martin.

Adam merupakan antara pemain yang membantu skuad B-22 memenangi pingat perak pada Sukan Sea 2017.

Terdahulu, pemain berusia 21 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan JDT, selepas kontraknya bersama Selangor tamat hujung tahun ini.

Adam merupakan antara pemain yang mempamerkan aksi memberangsangkan dan membantu skuad B-22 memenangi pingat perak pada temasya Sukan Sea 2017 lalu.

Tags / Kata Kunci: JDT , Adam Nor Azlin

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan