Ronaldo Mahu Tujuh Anak, Tujuh Ballons d'Or - Bola Sepak | mStar

Ronaldo Mahu Tujuh Anak, Tujuh Ballons d'Or

Diterbitkan: Jumaat, 17 November 2017 5:04 PM

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo mengidam tujuh trofi Ballons d'Or dan tujuh orang anak.

Ronaldo bercita-cita ingin menambah bilangan anaknya yang kini sudah mempunyai empat orang.

"Saya mahu tujuh orang anak dan sebanyak mungkin Ballons d'Or. Selagi bermain, saya mempunyai cita-cita untuk menang semuanya.

"Jadi impian saya untuk mendapat lima Ballons d'Or dan tahun depan akan ada lagi satu," ujarnya.

Penyerang Portugal dan Real Madrid yang menggelarkan dririnya CR7 mahu banyak trofi memenuhi kabinetnya.

Dengan kehadiran bayi perempuan baharunya (Alana) Ronaldo dilihat sangat berpuas hati apabila jumlah trofi sama dengan bilangan anak-anaknya.

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan