Kafa Beri Kata Putus Kepada Indra Putra

Diterbitkan: Jumaat, 17 November 2017 8:45 AM

Indra Putra Mahayuddin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hasrat penyokong The Red Warriors (TRW) untuk menyaksikan pemain otai, Indra Putra Mahayuddin kekal memperkasa pasukan itu pada aksi Liga Malaysia 2018 nampaknya tidak kesampaian.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan mengesahkan pihaknya telah membuat keputusan untuk melupakan khidmat pemain tengah berusia 36 tahun itu.

"Kita buat keputusan untuk lepaskan dia. Kita dah tak boleh tunggu lagi. Lagipun tempoh yang diberikan sudah cukup lama. Kita perlu memperkemaskan pasukan dan membuat persiapan awal untuk saingan musim depan," katanya kepada mStar Online.

Jelas Bibi, kontrak Indra bersama TRW akan berakhir pada hujung bulan ini dan dia kini berhak untuk bermain bersama pasukan lain andai itu keputusannya.

"Tempoh hari dia janji nak beritahu keputusan sebab mahu berbincang mengenai gaji. Namun sampai sekarang belum beri jawapan. Kalau hatinya masih mahu bersama Kelantan, rasanya dia tidak perlukan masa yang begitu lama," katanya.

Bibi mengakui keputusan tersebut sukar dilakukan tetapi ia terpaksa diambil demi kebaikan kedua-dua pihak.

"Kita dah tunggu lama. Jadi kita ambil jalan tengah... lepaskan dia untuk kebaikan kedua-dua pihak," katanya.

Pada masa sama, Bibi turut menghargai sumbangan Indra kepada Kelantan selama ini.

"Terima kasih kepada Indra dan juga pemain lain yang telah menabur bakti bersama TRW selama ini," katanya.

Nor Farhan Muhammad.

Sementara itu, ditanya mengenai status Nor Farhan Muhammad, Bibi berkata penyerang berusia 32 tahun itu masih belum memberikan keputusan berhubung tawaran kontrak baharu yang dikemukakan Kafa.

"Farhan juga masih dalam rundingan dan belum beri kata putus. Kita masih menunggu jawapannya," kata Bibi.

Namun Bibi berkata andai Farhan ada menerima tawaran yang lebih baik, Kafa sedia menerima apa jua keputusannya.

"Kafa memberi peluang kepadanya untuk berhijrah andai ada tawaran yang lebih baik," katanya.

Pada petang Rabu, Bibi mengesahkan Mohd Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya bersetuju melanjutkan kontraknya bersama TRW untuk tempoh semusim lagi.

Tags / Kata Kunci: Indra Putra Mahayuddin , TRW

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan