Mourinho Terlalu Tegas - Martial - Bola Sepak | mStar

Mourinho Terlalu Tegas - Martial

Diterbitkan: Jumaat, 17 November 2017 7:22 AM

Anthony Martial (kanan) sedar layanan Jose Mourinho (kiri) yang begitu tegas adalah demi kebaikannya. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

ANTHONY Martial mengakui Jose Mourinho begitu tegas terhadapnya di Manchester United tetapi beliau percaya cara jurulatih itu membantunya untuk menjadi seorang pemain yang lebih baik.

Selepas musim pertama yang baik di bawah pengurusan Louis van Gaal, Martial mengalami kesukaran untuk menyesuaikan dirinya dengan Mourinho.

Walaupun pemain dari Perancis itu masih bersaing dengan Marcus Rashford untuk menambat tempat, beliau telah mula menunjukkan pencapaian cemerlangnya menerusi enam gol pada musim ini.

Martial percaya dengan permulaan yang sukar itu, beliau akhirnya sependapat dengan Mourinho dan sedia untuk memenuhi kehendaknya.

"Beliau begitu tegas dengan kami semua dan dia juga tegas dengan saya," kata Martial kepada Premier League TV.

"Tapi saya tahu ia adalah untuk kebaikan saya. 

"Saya juga tahu dia sukakan saya, jadi tiada isu mengenai masalah disiplin," jelasnya. - Mail Online

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan