Selamat Jalan Ventura! - Bola Sepak | mStar

Selamat Jalan Ventura!

Diterbitkan: Khamis, 16 November 2017 7:19 AM

(Ubah saiz teks)

ITALI akhirnya memecat pengurus Gian Piero Ventura selepas gagal melayakkan pasukannya ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958.

Itali tewas 1-0 dengan agregat selepas menentang Sweden sewaktu menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

Ventura dikritik teruk di atas beberapa isu seperti gaya yang membosankan, sikap keras kepala dan penggunaan pemain utama yang menimbulkan tanda tanya termasuk penampilan duo, Napoli Jorginho dan Lorenzo Insigne.

Selepas gagal mengalahkan Sweden di laman sendiri, ramai mengharapkan Ventura dipecat dan berita itu akhirnya disahkan dengan kenyataan oleh Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC).

Bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak menyatakan sama ada Ventura dipecat atau meletakkan jawatan.

Presiden persatuan pengadil, Marcello Nicchi memberitahu pemberita selepas mensyuarat FIGC di Rome bahawa pengurus tersebut sudah "disingkirkan daripada jawatannya". - Eurosport

Tags / Kata Kunci: Gian Piero Ventura
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan