Lima Pasukan Asia Beraksi Di Pentas Akhir Piala Dunia 2018

Diterbitkan: Khamis, 16 November 2017 3:42 PM

Australia meraikan kejayaan layak ke final Piala Dunia 2018.

(Ubah saiz teks)

PIALA Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) melakar sejarah tersendiri apabila lima negara bakal bersaing di pentas akhir Piala Dunia di Rusia 2018.

Lima gergasi Asia yang menempah tiket ke final adalah Australia, Iran, Jepun, Arab Saudi dan Korea Selatan.

Pada Khamis, Peru menjadi negara terakhir apabila menewaskan New Zealand 2-0 aksi play-off awal pagi Khamis sekaligus mengisi slot 32 pasukan daripada 209 negara yang bersaing sepanjang 31 bulan.

Pemain Peru merai kejayaan layak ke pentas akhir Piala Dunia 2018.

Undian kumpulan di bahagikan kepada empat Pot dengan lapan pasukan berdasarkan posisi ranking pada Oktober.

Tujuh pasukan yang berada di ranking teratas akan menyertai tuan rumah di Pot 1.

Undian akan berlangsung pada 1 Disember ini di State Kremlin Palace, Moscow.

Selepas undian tersebut, bakal menyaksikan lapan kumpulan dengan empat pasukan setiap satu.

Iceland dan Panama merupakan dua negara yang pertama kali bersaing untuk Piala Dunia yang dianggapnya seperti sudah memenangi trofi.

Manakala bagi Brazil dan Jerman sudah dianggap sepeti pasukan tradisi pada Piala Dunia.

Dalam pada itu lima negara yang tersingkir di luar jangkaan peminat bola sepak dunia ialah Chile, Itali, Wales, Belanda dan Amerika Syarikat.

Senarai penuh 32 pasukan Piala Dunia 2018:

Belgium, Croatia, Denmark, England, Perancis, Jerman, Iceland, Poland, Portugal, Rusia, Serbia, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Mesir Morocco, Nigeria, Senegal Tunisia, Argentina, Brazil, Colombia, Uruguay, Peru, Costa Rica, Mexico, Panama, Australia, Iran, Japan, Saudi Arabia, South Korea. 

Tags / Kata Kunci: 32 pasukan Piala Dunia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan