KFA Dalam Misi Penswastaan - Bola Sepak | mStar

KFA Dalam Misi Penswastaan

Diterbitkan: Khamis, 16 November 2017 12:43 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kini dalam misi penswastaan bagi memastikan hala tuju pasukan itu berada pada landasan terbaik, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu pada Khamis.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Datuk Aminuddin Omar berkata walaupun KFA merasakan belum mampu untuk merealisasikan hasrat penswastaan tersebut, beliau secara peribadi berpendapat usaha tersebut perlu bagi memastikan masa depan bola sepak Kedah terjamin.

"Inipun selaras dengan hasrat Persatuan Bola Sepak  Malaysia (FAM) yang mahu melihat kesemua pasukan bola sepak di negara ini diswastakan. Kita tahu bukan Kedah sahaja mahu majukan bola sepak dalam sektor penswastaan kelab.

“Walaupun kita rasa belum mampu sebab perlu cari siapa penaja, siapa yang akan mengetuai misi penswastaan ini… ini semua ambil masa tapi kita tetap berusaha," katanya ketika menjawab soalan Mohd Nasir Mustafa (PAS-Kubang Rotan) pada sesi pertanyaan jawab lisan.

Menjawab soalan Mohd Nasir yang mahu tahu pendapatan dan perbelanjaan KFA, Aminuddin yang juga Setiausaha Kehormat KFA, berkata pendapatan persatuan itu dari 2013 hingga tahun lalu dianggarkan berjumlah RM68 juta manakala perbelanjaan dianggarkan sebanyak RM67 juta.

"Bagi kejohanan Liga Piala FA dan Piala Malaysia, kutipan tiket tahun lalu adalah sebanyak RM3.2 juta manakala tahun ini sebanyak RM4 juta.

“Perbelanjaan KFA dalam setahun untuk mengendalikan pasukan ialah sebanyak RM27 juta, manakala dalam pembayaran gaji sahaja untuk Liga Super ia melebihi RM800,000 sebulan,” katanya.

Menjawab soalan Nor Saidi Nanyan (BN-Kuah) yang mahu tahu status permohonan lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Kedah, Aminuddin berkata belum ada keputusan rasmi daripada Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP).

"Kita sedang berusaha di peringkat pengurusan untuk mendapatkan lesen ini bagi kita layak bertanding pada Piala AFC 2018," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kedah , KFA
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan