Hatrik Eriksen Bawa Denmark Ke Piala Dunia 2018

Diterbitkan: Rabu, 15 November 2017 8:38 AM

(Ubah saiz teks)

CHRISTIAN Eriksen menjaringkan hatrik pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 bertemu Ireland dengan kemenangan 5-1 di Stadium Aviva awal pagi Rabu.

Perlawanan timbal balik itu disifatkan langsung tidak seperti aksi kedua-dua pasukan pada pusingan pertama.

Pada awalnya, Ireland mempunyai peluang tinggi untuk menguasai perlawananan yang mana Daryl Murphy dan James McClean hampir-hampir melakukannya.

Ireland berjaya menjaringkan gol sulung pada minit keenam selepas Shane Duffy menyumbatkan gol antarabangsa keduanya kerana Denmark mensia-siakan tendangan percuma.

Tetapi, Denmark bangkit menjaringkan gol dua kali dalam tiga minit babak pertama menerusi Cyrus Christie dan Eriksen.

Eriksen berkata: "Ia satu perasaan yang menakjubkan. Kami sudah berjuang terlalu lama untuk menyertai Piala Dunia.

"Tidak sabar untuk menghadapinya. Bukan selalu saya menjaringkan hatrik, sudah tentu sangat menakjubkan.

"Saya masih ingat perasaan gementar sepanjang malam. Bila kami dapat sahaja bola, kami bermain dengan bersungguh-sungguh berbanding pusingan pertama," kata pemain itu. - BBC

Tags / Kata Kunci: Christian Eriksen

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan