Ronaldo Merajuk, Enggan Sambung Kontrak

Diterbitkan: Selasa, 14 November 2017 9:35 PM

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo merasakan dirinya tidak dihargai di Real Madrid.

Berikutan dengan itu, penyerang sensasi berusia 32 tahun ini menolak kontrak baharu bersama kelab gergasi Liga Sepanyol tersebut.

Ronaldo dilaporkan mahu berpindah sebaik sahaja tamat saingan musim ini.

Sebelum ini, pemain antarabangsa Portugal itu menegaskan dia tidak mahu menyambung kontrak sedia ada yang akan berakhir pada 2021.

Malah Ronaldo dipercayai mahu meninggalkan kelab sejak musim lalu.

Menurut laporan El Chiringuito, Ronaldo telah memberitahu keputusannya itu kepada presiden kelab Florentino Perez.

Malah bekas pemain Manchester United itu mahu meninggalkan kelab pada 30 Jun depan dengan alasan 'harga berpatutan'.

Bagaimana pun difahamkan penolakan kelab terhadap permintaannya menyebabkan pemain itu marah.

Ronaldo merasakan Real tidak menghargainya apabila kelab tidak menilainya dengan harga yang lebih tinggi.

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , Real Madrid

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan