Ramon Marcote: Ginney Chew Akan Jumpa Presiden KFA

Diterbitkan: Selasa, 14 November 2017 8:15 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah ECK Sdn Bhd Ginney Chew bakal bertemu Presiden Bola Sepak Kedah (KFA) untuk berbincang mengenai jurulatih Ramon Marcote.

Pada Isnin malam Ginney memuat naik status di laman Facebooknya untuk mendapatkan 25,000 tanda suka (like) untuk membawa masuk Ramon Marcote.

Sehingga pukul 8 malam Selasa, tanda like sudah mencecah 26 ribu.

Ginney berkata, inisiatif yang diambil ini adalah untuk merealisasikan harapan penyokong setia sekaligus melihat bekas penolong jurulatih skuad Helang Merah itu kembali bersama Kedah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramon Marcote Bakal Jurulatih Kedah?

"Terima kasih kepada seluruh rakyat dan penyokong Kedah yang sentiasa menyokong dan setia bersama pasukan Kedah .. Anda semua sudah membuktikan bahawa bola sepak dapat menyatu padukan semua orang.

"Saya dan Tan Sri ECK (suami) akan berjumpa dengan presiden (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah).

"Saya sudah melihat latar belakang jurulatih Marco (Marcote) dan mendengar permintaan ramai penyokong Kedah untuk melihat dia jadi jurulatih di sini.

"Bagi saya tidak ada salahnya untuk kami membantu KFA mendapatkan jurulatih terbaik dan memenuhi kehendak penyokong," ujarnya kepada mStar Online.

Jelas Ginney, beliau juga sudah bercakap dengan Marcote.



"Saya ada bercakap dengan Marco dan dia bersedia untuk datang kembali ke Kedah. Cuma dia ada beritahu saya, KFA tidak ada berhubung untuk berbincang perkara ini.

"Setahu saya, gaji yang diminta itu bersesuaian kerana baginya sokongan peminat adalah lebih penting.

"Marco juga ada memberitahu bahawa, dia tidak pernah menerima sokongan berterusan seperti mana yang diberi oleh penyokong Kedah terhadapnya walaupun telah meninggalkan pasukan ini," jelas Ginney.

Dalam masa Ginney,39, memberitahu sebagai anak Kedah beliau teruja untuk membantu pasukan bola negeri ini.

"Suami saya memang minat bola. Manakala saya sebelum ini hanya menonton di televisyen.

"Tetapi sejak beberapa kali hadir ke stadium melihat mereka bermain, semangat atau aura memang sangat berbeza.

"Sukar saya nak bagitau macam mana. Yang pasti sekarang perasaan sangat lain.

"Sebagai penaja, sudah pasti saya mahukan terbaik untuk penyokong Kedah. Mungkin akan baik pulih kemudahan di stadium terutamanya tandas.

"Saya akan minta tolong presiden untuk perkara ini. Apa pun yang kami buat akan berbincang dengan beliau terlebih dahulu," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Ginney Chew , Kedah

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan