Status Zahasmi: Apa Kata Bibi?

Diterbitkan: Isnin, 13 November 2017 3:40 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan mengadakan pertemuan dengan Zahasmi Ismail dalam tempoh terdekat bagi membincangkan mengenai masa depannya sebagai jurulatih di negeri berkenaan.

Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan mengakui badan induk bola sepak negeri itu masih lagi memerlukan khidmat jurulatih berpengalaman berkenaan.

"Ya (khidmatnya masih diperlukan) kerana dia coach yang bagus dan ikhlas dalam membantu pasukan. Malah dia juga seorang yang bertolak ansur. Kita akan adakan satu perjumpaan dengannya dalam masa terdekat.

"Sememangnya kontrak dia akan berakhir hujung bulan ini dan sehingga itu, dia masih tertakluk dengan terma kontraknya," kata Bibi.

Bagaimanapun Bibi tidak menolak kemungkinan Zahasmi tidak lagi akan mengendalikan skuad Liga Super bermula musim depan.

"Bukan (coach) Liga Super tapi mungkin di posisi yang berbeza," katanya.

Ditanya sama ada mesyuarat Exco Kafa pada Sabtu lalu turut menyentuh isu kedudukan Zahasmi, Bibi berkata, kebanyakannya perkara yang dibincangkan berkaitan perancangan Kelantan bagi menghadapi Liga Malaysia 2018.

"Mesyuarat tempoh hari berkisar perancangan Kafa untuk pasukan Liga Super, Piala Presiden, Piala Belia, futsal dan pembangunan akar umbi.

"Sebab itulah kita umum pemain yang masih dalam kontrak dan yang akan dikekalkan untuk tahun hadapan," katanya.

Jelas Bibi, barisan pegawai pasukan juga disenarai-pendek tetapi ia akan diumumkan kemudian.

"Senarai pendek sudah ada tapi biarlah dulu. Bagi kedudukan Zahasmi saya rasakan dengan pengalamannya, kita patut bersyukur jika dia masih berminat untuk kekal bersama Kelantan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Zahasmi Ismail , Bibi Ramjani , Kafa

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan