Mohd Qayyum Ke PKNS FC

Diterbitkan: Isnin, 13 November 2017 8:42 AM

Mohd Qayyum (kanan) tinggalkan Kelantan untuk menyertai PKNS FC pada saingan Liga-M musim depan.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN pertahanan Kelantan, Mohd Qayyum Marjoni Sabil sah menyarung jersi PKNS FC pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Mohd Qayyum berkata, keputusannya memilih berhijrah ke kelab berpangkalan di Lembah Klang itu dibuat bagi merasai suasana baharu setelah hampir dua tahun bersama pasukan negeri kelahirannya itu.

Menurut pemain berusia 23 tahun itu, dia telah menandatangani kontrak selama setahun dengan opsyen tambahan setahun bersama pasukan berkenaan.

“Sebagai pemain profesional, soal berhijrah ke pasukan lain merupakan perkara biasa. Pemain datang dan pergi tetapi pasukan tetap kekal pasukan buat selama-lamanya.

“Saya ucap terima kasih kepada pengurusan tertinggi Kafa (Persatuan Bola Sepak Kelantan) dan penyokong serta berharap mereka merestui penghijrahan saya,” katanya.

Mohd Qayyum merupakan produk yang lahir daripada skuad Piala Presiden dan dianggap pemain masa hadapan setelah diberi kepercayaan K Devan berada dalam kesebelasan utama ketika melatih skuad pantai timur itu, pada musim 2016.

Mohd Qayyum turut menegaskan perpindahannya ke PKNS FC bukan disebabkan faktor gaji sekalipun tawaran yang dikemukakan skuad The Red Ants itu mungkin agak sukar ditolak.

Sebaliknya, bekas pemain Harimau Muda itu menjelaskan penghijrahannya ke PKNS FC atas dasar mengembangkan karier selain bercita-cita mahu mewakili skuad negara.

“Semua pemain mempunyai impian untuk mewakili negara kerana ia merupakan pengiktirafan tertinggi dalam kerjaya bola sepak dan saya juga tidak terkecuali. Insya-Allah bersama pasukan baru itu nanti, saya akan berusaha menunjukkan prestasi terbaik bagi membalas kepercayaan mereka,” katanya. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: Mohd Qayyum Marjoni Sabil

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan