Lukaku Buka Mulut Isu Kemarau Gol - Bola Sepak | mStar

Lukaku Buka Mulut Isu Kemarau Gol

Diterbitkan: Isnin, 13 November 2017 8:03 AM

(Ubah saiz teks)

ROMELU Lukaku tampil menjelaskan mengenai kemarau gol untuk Manchester United selepas mempamerkan aksi luar biasa pada awal musim.

Bintang Belgium itu menjaringkan 16 gol dalam 13 penampilan awalnya untuk United dan negara tetapi gagal menamatkan badi kemarau gol bersama Red Devils sejak September lalu.

Pemain berusia 24 tahun itu menamatkan kemarau gol bersama Belgium ketika menentang Mexico pada Jumaat.

Namun dia berkata, prestasi tidak menentu United menjadikannya lebih sukar untuk menjaringkan gol.

"Sejak kebelakangan ini kami tidak bermula dengan baik seperti aksi awal musim.

"Beberapa minggu lalu kami tidak beraksi pada tahap yang sama dan menjadikan ia lebih sukar untuk saya.

"Ia perkara yang perlu anda lalui sepanjang musim tetapi sekarang sudah ada pemain yang pulih daripada kecederaan. Saya harap kami boleh memperbaiki persembahan pada perlawanan akan datang.

"Kami boleh mencipta lebih banyak peluang dan gol," katanya.

United bermula dengan baik pada awal musim tetapi tewas dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka.

Akibatnya, anak buah Jose Mourinho ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Manchester City.

Lukaku yang menyertai United dari Everton pada musim panas lalu mengakui dia mampu menarik nafas lega selepas berjaya menamatkan kemarau gol untuk Belgium.

"Ia satu kelegaan tetapi saya tahu ia akan datang. Saya berasa bangga. Saya dilahirkan untuk menjaringkan gol," katanya.

Tags / Kata Kunci: Romelu Lukaku
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan