United Setuju Jual Fellaini - Bola Sepak | mStar

United Setuju Jual Fellaini

Diterbitkan: Ahad, 12 November 2017 3:34 PM

Marouane Fellaini.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United dilaporkan bersetuju untuk menjual Marouane Fellaini dengan bidaan sebanyak 8 juta pound sterling, Januari depan.

Kontrak pemain kebangsaan Belgium itu akan tamat pada hujung musim ini.

Fellaini dilaporkan turut menolak tawaran baharu daripada United bulan lalu.

The Sunday Mirror mendakwa United telah mencapai kata putus dengan Besiktas mengenai penjualan pemain berusia 29 tahun itu.

Jose Mourinho diberitahu bahawa dia perlu menjual beberapa pemain sebelum boleh berbelanja besar tahun depan.

United kini sedang mengintai khidmat pemain tengah Shakhtar Donetsk, Fred bagi mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Fellaini.

Namun pasukan itu berdepan saingan hebat daripada beberapa kelab terkemuka Eropah lain yang turut berminat terhadap Fred.

Tags / Kata Kunci: Marouane Fellaini , Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan