KFA Mahu Ahmad Bashah Dikekalkan

Diterbitkan: Ahad, 12 November 2017 5:07 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) pada Ahad sebulat suara mahu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (gambar) dikekalkan sebagai presidennya.

Timbalan Presiden KFA Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas yang diadakan bagi membincangkan isu berkaitan desakan Pemuda Umno negeri baru-baru ini yang mahukan Ahmad Bashah meletak jawatan.

"Barisan kepimpinan KFA melalui Anggota Majlis Eksekutif memohon supaya jawatan Presiden KFA yang disandang Ahmad Bashah wajib dikekalkan," katanya dalam sidang media khas di sebuah hotel di sini pada Ahad.

Beliau berkata keputusan itu diambil berikutan KFA sedang melakukan proses persediaan bagi mengharungi musim 2018  dan oleh kerana itu, peralihan kuasa pada ketika ini adalah tidak sesuai dilakukan.

"Sumbangan dan komitmen beliau sebagai Presiden KFA menerusi pelbagai bentuk sokongan termasuk kewangan, tajaan pihak swasta dan penyediaan kemudahan infrastruktur latihan pasukan antara sebab lain kenapa beliau perlu dikekalkan," katanya.

Sebelum ini Pemuda Umno negeri mendesak Ahmad Bashah meletak jawatan susulan insiden beliau dilemparkan dengan ejekan 'boo' ketika perlawanan akhir Piala Malaysia Kedah menentang Johor Darul Ta'zim di Stadium Shah Alam awal bulan ini.

Ahmad Bashah (tengah) bersama Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar (kiri) menunjukkan Piala Menteri Besar Kedah yang bakal menjadi rebutan pada majlis Pelancaran Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar Kedah. - Bernama

Pemuda Umno negeri berkata ia bagi menjaga nama baik parti yang sering dijadikan kambing hitam oleh pihak tertentu yang terus menjadikan bola sepak sebagai medan mereka mencari simpati politik dan amarah politik.

Mengulas mengenai isu pemain Kedah yang didakwa menerima rasuah, Syed Unan Mashri berkata KFA menyarankan agar laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  untuk tindakan susulan.

"Dengan prestasi pasukan musim ini yang amat baik, tuduhan tidak berasas ini patut dihentikan untuk menjaga imej bola sepak pasukan Kedah dan maruah setiap pemain yang bernaung di bawah KFA," katanya.

KFA turut meluahkan rasa kesal atas insiden 'boo' di Stadium Shah Alam tambahan pula ia berlaku di hadapan Sultan Kedah dan berharap agar para penyokong menjaga adab dan pekerti selepas ini.

"Budaya menghormati pemimpin perlu diberi perhatian supaya sukan bola sepak menjadi alat perpaduan bukan perpecahan," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Ahmad Bashah , KFA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan