Hanya Gurauan Kasar Sahaja

Diterbitkan: Ahad, 12 November 2017 1:50 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyokong Harimau Malaya tampil menjelaskan dakwaan kononnya mereka mencetuskan kekecohan dan mengamuk di Stadium I-Mobile, Thailand selepas Malaysia tewas 1-4 kepada Korea Utara pada aksi kelayakan Piala Asia 2019, Jumaat lalu.

Ultras Malaysia, kelab penyokong setia skuad kebangsaan menerusi Facebook UM'07 menafikan dakwaan tersebut.

Pengendalinya yang mengaku berada di lokasi kejadian bersama lebih 20 penyokong mendakwa mereka hanya melakukan 'gurauan kasar' terhadap pasukan kendalian Nelo Vingada.

"Suka admin katakan apa yang admin saksikan hanyalah satu gurauan kasar sahaja, tak nampak pun cubaan untuk cetus kekecohan dan aksi amukan dari penyokong Malaysia.

"Rasanya kalau penyokong marah atau mengamuk atau cuba cetuskan kekecohan, bukan macam semalam (Jumaat) caranya," demikian menurut kenyataan itu.

Jelasnya, dakwaan tersebut mungkin sengaja dibangkitkan individu tidak bertanggungjawab demi kepentingan pihak tertentu.

"Penyokong faham sahaja kalau masa diperlukan untuk membaik pulih landskap bola sepak Malaysia, penyokong tak bodoh jadi jangan perbodohkan mereka.

"Mungkin yang menyebarkan maklumat itu lupa atau mungkin mereka sengaja nak cetuskan situasi kekecohan itu, mungkin mereka nak lihat peristiwa 2015 berulang," katanya.

Pada malam Jumaat lalu, lebih 20 penyokong Harimau Malaya menunggu berhampiran bas skuad kebangsaan di perkarangan stadium sambil berteriak memarahi pemain ketika mereka menaiki bas sejurus perlawanan tamat.

Mereka didakwa bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang diraih pasukan kebangsaan pada perlawanan itu.

Kekecohan itu bagaimanapun terkawal dan ia berakhir selepas bas pemain beredar daripada kawasan stadium.

Tags / Kata Kunci: Ultras Malaya

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan