Tewas Kepada Korea Utara, Presiden FAM Bersuara

Diterbitkan: Sabtu, 11 November 2017 8:42 AM

Foto kredit: FAM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil mengaku bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kekalahan pasukan kebangsaan di Thailand.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedia meletakkan tanggungjawab itu dibahunya selepas skuad Harimau Malaysia dibelasah pasukan Korea Utara dengan 4-1 pada aksi Kelayakan Piala Asia 2019 yang berlangsung di Stadium I-Mobile, Buriram pada Jumaat malam.

"Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas kekalahan pasukan kebangsaan pada hari ini (Jumaat) dan kekalahan yang akan datang sebagai Presiden FAM.

"Saya akan mengadakan satu mesyuarat apabila pasukan kembali daripada Thailand bersama Pengarah Teknikal kami dan akan membuat keputusan yang memberi manfaat bagi penambahbaikan pasukan kebangsaan dalam segala aspek.


"Bagaimanapun saya berkhidmat kepada rakyat dan apa sahaja keinginan rakyat akan saya cuba laksanakan. Jika perkhidmatan saya masih diperlukan untuk meningkatkan mutu bola sepak tanah air, saya akan memegang amanah yang telah diberikan," ujarnya dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebook FAM.

Skuad negara yang bersaing bagi Kumpulan B terpaksa akur dengan kekalahan dengan menyaksikan jaringan tunggal dilakukan Safawi Rasid pada separuh masa kedua.

Seterusnya pada Isnin ini Malaysia bakal menjadi tuan rumah pada perlawanan kedua dengan Korea Utara.

Sebagai rekod, Malaysia kini berada di kedudukan tercorot kumpulan dengan satu mata selepas empat perlawanan. Manakala Korea Utara berada di tempat kedua mengumpul lima mata di belakang Lubnan.

Dan tempat ketiga pasukan Hong Kong juga berkongsi lima dengan perbezaan gol.

Malaysia sebelum ini tewas 1-2 kepada Lubnan (13/6), seri 1-1 Hong Kong (5/9), tewas 2-0 kepada Hong Kong (10/10) dan terbaharu kalah 4-1 kepada Korea Utara.

Tags / Kata Kunci: Tunku Ismail

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan