Merseille Pecat Patrice Evra - Bola Sepak | mStar

Merseille Pecat Patrice Evra

Diterbitkan: Sabtu, 11 November 2017 8:11 AM

Evra (dua kiri) ditenangkan rakan sepasukannya selepas menendang seorang penyokong.

(Ubah saiz teks)

MARSEILLE memecat pemain pertahannya, Patrice Evra  yang menendang seorang penyokong sebuah kelab.

Bekas pemain Manchester United itu diarahkan keluar padang sebelum aksi sepak mula Liga Europa selepas menyerang seorang penyokong di Portugal.

Pada Jumaat, Marseille mengumumkan kontrak Evra dibatalkan dengan persetujuan bersama dan dia perlu meninggalkan kelab dengan segera.

Evra juga dikenakan hukuman oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) dalam semua perlawanan Eropah sehingga 30 Jun depan serta turut didenda 10,000 euro (RM48,903).

Dia juga kekal dengan hukuman gantung untuk menyertai mana-mana kelab yang bertanding dan saingan Eropah.

"Hari yang mendukacitakan. Patrice Evra yang sebelum ini telah sedia maklum akibat daripada tindakannya itu dan dia tidak akan berada di Olympique de Marseille lagi," jelas satu kenyataan yang dikeluarkan kelab.

Tindakan Evra itu menyaksikan dia mencatat sejarah menjadi pemain pertama diperintah keluar padang sebelum perlawanan bermula.

Beberapa laporan mendakwa penyokong Marseille tidak berpuas hati denga prestasi Evra dan merempuh penghadang untuk bersemuka dengan pemain berusia 36 tahun itu.

Evra disenaraikan sebagai pemain gantian kelab Perancis itu dalam usaha Marseille untuk menghampiri peringkat kalah mati Liga Europa.

Tags / Kata Kunci: patrice Evra
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan