Pilih Conte Bukan Mourinho

Diterbitkan: Jumaat, 10 November 2017 7:21 AM

(Ubah saiz teks)

PARIS St Germain (PSG) telah berhubung dengan Antonio Conte mengenai tawaran kontrak untuk menjadi pengurus baharu pasukan itu.

Kelab gergasi Perancis itu pernah menyatakan hasrat untuk menukar jurulatih pada masa hadapan tetapi calon pilihan masih lagi menimbulkan tanda tanya.

Malah Pengurus Manchester United, Jose Mourinho turut dikaitkan dengan kerusi panas itu baru-baru ini.

Namun PSG mengesahkan bahawa Conte telah disenarai pendek sebagai pengganti terbaik kepada pengurus sedia ada Unai Emery.

Akhbar Perancis, Le Parisien melaporkan PSG telah mengadakan rundingan dengan pengendali dari Itali itu mengenai perpindahan ke Parc des Princes.

Namun ada potensi Emery akan melanjutkan kontraknya jika dia berjaya mengemudi PSG mara ke pentas separuh akhir Liga Juara-Juara musim ini.

Sekiranya gagal berbuat demikian, dia akan dipecat dan Conte disebut-sebut sebagai penggantinya.

Conte mencatat prestasi cemerlang pada musim pertamanya bersama Chelsea apabila mengemudi pasukan itu menjuarai trofi Liga Perdana Inggeris.

Namun masa depan Conte di Stamford Bridge masih lagi menjadi teka-teki selepas prestasi hambar Chelsea pada permulaan musim ini.

Tags / Kata Kunci: PSG , Antonio Conte

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan