Jose Mourinho Tinggalkan Manchester United Musim Depan? - Bola Sepak | mStar

Jose Mourinho Tinggalkan Manchester United Musim Depan?

Diterbitkan: Khamis, 9 November 2017 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMILIK Manchester united membuat pendedahan yang akan membimbangkan penyokong kelab itu untuk musim depan.

Keluarga Glazer dilapor yakin Jose Mourinho akan meninggalkan Old Trafford untuk membimbing Paris Saint-Germain (PSG) untuk musim depan.

Mourinho mempunyai kontrak selama tiga tahun di United, namun khabar angin bahawa dia akan meninggalkan kelab itu semakin kuat.

Sumber dalaman kelab mendedahkan, ahli lembaga pengarah merasakan Mourinho akan ke PSG selepas dia teragak-agak untuk berbincang mengenai kenaikan gaji.

Jurulatih berusia 54 tahun itu juga dilapor tidak memberi perhatian terhadap proses lanjutan kontrak ketika ia masih berbaki setahun lagi. 

United memulakan musim ini dengan baik sebelum skuad kendalian Pep Guardiola mengatasi mereka.

Tidak cukup dengan itu, kebangkitan United mula diganggu apabila PSG mula mendekati Mourinho untuk membawa jurulatih berpengalaman berkenaan ke Perancis. - Metro.co

Tags / Kata Kunci: Manchester United , PSG , Jose Mourinho
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan