Banjir: JDT Sumbang Sebahagian Imbuhan Piala Malaysia RM1 Juta

Diterbitkan: Khamis, 9 November 2017 7:04 PM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menyumbangkan sebahagian daripada imbuhan sebanyak RM1 juta yang diberikan oleh kerajaan negeri kerana menjuarai Piala Malaysia, kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

Pemiliknya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, perkara itu dipersetujui antara beliau dan para pemain.

"Kerajaan Johor juga akan memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di sana dan kelab akan menyumbangkan seberapa banyak yang kita boleh, iaitu antara RM500,000 dan RM600,000.

"JDT adalah lebih daripada sebuah kelab bola sepak dan kita ikhlas dalam membantu mereka yang memerlukan sebagaimana yang kita bantu mangsa banjir di Pahang dan Kelantan dan mangsa gempa bumi Sabah," katanya juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada pemberita pada Khamis.

Pada Rabu, kerajaan negeri mengumumkan ganjaran berjumlah RM1 juta kepada JDT di atas kemenangan dalam saingan akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu.

Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Exco Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohammed Khalid Nordin. 

Tags / Kata Kunci: JDT , mangsa banjir

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan