Fenerbahce Mahukan Pemain Berusia 22 Tahun Manchester United - Bola Sepak | mStar

Fenerbahce Mahukan Pemain Berusia 22 Tahun Manchester United

Diterbitkan: Rabu, 8 November 2017 10:57 AM

(Ubah saiz teks)

FENERBAHCE menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat pemain Manchesyer United berusia 22 tahun pada Januari ini.

Berikutan itu United juga dilapor telah memberi lampu hijau kepada Luke Shaw jika ingin menerima tawaran berkenaan.

Bagaimanapun, pertahanan kiri England berkenaanmasih memberi kata putus untuk berhijrah ke Turki.

Shaw dijangka akan dijual Mourinho selepas tidak menjadi pilihan jurulatih berkenaan.

Sepanjang musim ini, dia hanya bermain untuk 48 minit selepas dilabel sebagai tidak cergas.

Kehadiran Shaw di Old Trafford dengan nilai £27 juta pada 2014 terbantut apabila dia patah kaki ketika beraksi menentang PSV dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah pada 2015.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Fenerbahce
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan