Cuma Khabar Angin - Faiz Subri

Diterbitkan: Rabu, 8 November 2017 12:50 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemenang Puskas 2016 bakal memutuskan masa depan kariernya penghujung bulan ini.

Pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri memberitahu sehingga kini dia masih berfikir hala tuju kerjayanya pada musim depan.

Jelas pemain berusia 29 tahun itu, dia masih menunggu kata putus Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

"Kontrak saya dengan FAP tamat musim ini. Saya sendiri belum pasti lagi sama ada nak 'stay' di sini atau pun ke tempat lain.

"Belum ada sebarang kontrak baharu daripada mereka dan juga tawaran daripada pasukan lain," ujarnya kepada mStar Online pada Rabu.

Faiz juga menafikan khabar angin yang mengatakan dia akan berhijrah dan kembali ke bekas pasukannya, Kelantan (2013-14).

"Tak kot. Tu cuma khabar angin. Yang saya boleh katakan, keputusan pasukan mana musim depan belum buat lagi.

"Dan setakat ini saya tidak boleh beri apa-apa jawapan kerana semuanya masih dalam perbincangan," tambah pemain kelahiran Kedah ini.

Faiz mula menyarung jersi Harimau Kumbang pada musim 2015. 

Sebelum ini dilaporkan sebahagian daripada skuad Harimau Kumbang itu akan berpindah selepas sah tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan.

Untuk rekod, Faiz mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah Puskas Fifa.

Tags / Kata Kunci: Mohd Faiz Subri , FAP

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan