JDT Sumbang Wang Menang Piala Malaysia Kepada Mangsa Banjir

Diterbitkan: Isnin, 6 November 2017 8:47 PM

Pasukan JDT meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan Kedah dengan jaringan 2-0 pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menyumbangkan wang yang dimenangi selepas merangkul gelaran juara Piala Malaysia 2017 kepada mangsa banjir.

Presidennya, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim yang menjunjung titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, antara polisi kelab itu adalah memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan.

Sebelum ini katanya, bantuan diberikan kepada mangsa bencana banjir di Pahang dan Kelantan serta mangsa bencana gempa bumi di Sabah. 

"Banyak bantuan yang telah kami berikan kepada kerajaan negeri dan JDT akan terus melakukan perkara yang sama. 

"Kelab JDT dan para pemain membuat keputusan untuk memberi duit kemenangan Piala Malaysia yang kami menangi kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan di halaman Facebook Johor Southern Tigers pada Isnin.

Pada Sabtu lalu, JDT merangkul trofi juara Piala Malaysia 2017 selepas menewaskan Kedah 2-0 dalam saingan akhir di Stadium Shah Alam.

Tags / Kata Kunci: JDT , mangsa banjir , banjir

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan