Sanchez Dah Putuskan Kelab Baharu? - Bola Sepak | mStar

Sanchez Dah Putuskan Kelab Baharu?

Diterbitkan: Ahad, 5 November 2017 8:45 AM

Alexis Sanchez. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

ALEXIS Sanchez dikatakan telah membuat keputusan mengenai kelab mana akan disertai beliau pada Januari tahun depan.

Ia merupakan pandangan Presiden Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge yang berminat untuk membawa pemain kelahiran Chile itu ke Jerman.

Sanchez yang merupakan pemain Arsenal sebelum dikatakan hampir untuk menyertai Manchester City pada musim panas lalu tetapi langkah tersebut tidak kesampaian pada saat akhir.

Manchester City dijangka kembali dengan tawaran yang dinaikkan sehingga £30 juta (RM166 juta) pada tahun berikutan kontrak Sanchez akan berakhir pada musim panas akan datang.

"Saya fikir Sanchez sudah memutuskan kelab mana (untuk sertai), jadi saya rasa pintunya akan ditutup pada Januari," kata Rummenigge told Sky Germany. - Mirror

Tags / Kata Kunci: Alexis Sanchez

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan