'Masalah' Dengan City, Conte Serah Kalah? - Bola Sepak | mStar

'Masalah' Dengan City, Conte Serah Kalah?

Diterbitkan: Sabtu, 4 November 2017 4:08 PM

Antonio Conte

(Ubah saiz teks)

ANTONIO Conte bimbang Manchester City tidak dapat dihalang dalam usaha kelabnya merebut gelaran musim ini.

City yang kini sedang memimpin Liga Perdana Inggeris sudah meninggalkan juara bertahan Chelsea dengan sembilan mata dan Conte bimbang pasukannya tidak berpeluang untuk mempertahankan mahkota mereka.

Conte berkata: "Saya fikir, sekarang, semua pasukan yang ingin berjuang untuk gelaran ada satu masalah besar dan masalah besar ini adalah Manchester City.

"Kerana, jika Manchester City berterusan begini, saya rasa ini adalah masalah besar untuk semua pasukan yang mahu bersaing untuk gelaran. Jika mereka terus begini, meraih gelaran juara akan menjadi sangat sukar.

"Tetapi, pasti, kita harus berusaha melakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan. Saya fikir, sehingga sekarang, kami layak mendapat mata ini."

Chelsea akan berdepan Manchester United pada hari Ahad di Stamford Bridge dan Conte bakal berdepan musuh ketatnya Jose Mourinho.

Mengulas lanjut mengenai kebimbangannya, Conte mengakui dia tidak tahu sama ada City boleh mengekalkan rentak mereka sepanjang musim ini.

"Saya tak tahu, jujur saya tidak tahu.

"Sehingga kini, mereka telah melalui satu laluan yang hebat, jika mereka terus dengan cara ini, sangat sukar bagi semua pasukan untuk bersaing merebut gelaran sehingga akhir."

Chelsea ditewaskan 1-0 oleh City di Stamford Bridge pada September, tetapi Conte berkata pemainnya mesti berani berdepan cabaran menentang kelab-kelab elit liga.

"Saya fikir apabila anda bermain menentang Manchester United, City, Arsenal, Liverpool, Tottenham, ia sentiasa menjadi satu perlawanan besar," katanya. -goal.com

Tags / Kata Kunci: Antonio Conte
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan