Mourinho Selesai Hutang Cukai - Bola Sepak | mStar

Mourinho Selesai Hutang Cukai

Diterbitkan: Jumaat, 3 November 2017 7:46 PM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho bersetuju menyelesaikan bayaran cukai kepada pihak berkuasa Sepanyol.

Pengurus Manchester United itu tiba di mahkamah di Pozuelo de Alarcon pagi Jumaat bagi mendengar pertuduhan cukai ke atasnya.

Dia dituduh mengelak membayar cukai bagi tahun 2010 hingga 2013 ketika membimbing skuad Real Madrid.

Mourinho membayar tunggakan cukai sebanyak 2.94 juta pound (RM3.9 juta).

"Saya tidak membantah. Saya hanya membayar dan tanda tangan dengan negeri. Saya sememang yang menurut perintah," jelasnya sebaik sahaja selesai perbicaraan.

Selepas itu Mourinho bergegas pulang ke London bagi persiapan skuadnya bertemu Chelsea di Stamford Bridge awal pagi Isnin ini.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan