Evra Cipta Sejarah Memalukan - Bola Sepak | mStar

Evra Cipta Sejarah Memalukan

Diterbitkan: Jumaat, 3 November 2017 7:25 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG Marseille Patrice Evra menjadi pemain pertama diarahkan keluar padang sebelum aksi sepak mula Liga Europa selepas menyerang seorang penyokong di Portugal.

Bekas pemain Manchester United itu dilihat menendang salah seorang penyokong Marseille di tepi padang.

Tidak dapat dipastikan apa dikatakan kepada Evra sebelum aksi peringkat Kumpulan I menentang Vitoria Guimaraes.

Namun arahan tersebut menyaksikan dia mencatat sejarah menjadi pemain pertama diperintah keluar padang sebelum perlawanan bermula.

Beberapa laporan mendakwa penyokong Marseille tidak berpuas hati denga prestasi Evra dan merempuh penghadang untuk bersemuka dengan pemain berusia 36 tahun itu.

Evra disenaraikan sebagai pemain gantian kelab Perancis itu dalam usaha Marseille untuk menghampiri peringkat kalah mati Liga Europa.

Pada pertemuan itu, Marseille tewas 0-1 di tangan Vitoria Guimaraes yang memperoleh gol tunggal menerusi Paolo Hurtado ketika perlawanan berbaki 20 minit.

Tags / Kata Kunci: Patrice Evra
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan