'Orang Dalam' KFA Tempah 6,000 Keping Tiket Final

Diterbitkan: Khamis, 2 November 2017 9:11 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan bola Sepak Malaysia (FAM) kecewa dengan layanan yang diberikan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) terhadap penyokongnya.

Kekecewaan itu diluahkan oleh Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila mendapati ramai penyokong yang setia ke stadium pada setiap perlawanan tidak dapat membeli tiket final Piala Malaysia pada Sabtu ini.

Menurut beliau, sebaliknya individu yang tiada kena mengena dengan bola sepak mendapatkan tiket melalui saluran tertentu.

"Saya dimaklumkan hingga 6,000 keping tiket telah ditempah oleh orang-orang tertentu di dalam Kedah FA. Saya amat kecewa dengan layanan Kedah FA terhadap penyokong mereka.

"Saya harap individu seperti ini tidak perlu berada di persatuan bola sepak. Lebih baik berundur sahaja dan bagi orang-orang yang layak yang mengutamakan penyokong dan dapat menjaga persatuan tersebut dengan tulus," katanya.

Pada Rabu, suasana di Stadium Darul Aman yang menjadi lokasi penjualan tiket final antara Kedah Bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) kecoh apabila sebahagian besar penyokong tidak dapat membeli tiket yang dilapor telah habis dijual.

Suasana menjadi tegang apabila rata-rata penyokong mempertikai jumlah tiket yang dijual sama ada di kaunter atau kepada pengurusan bas penyokong.

Berikutan itu, laporan polis telah dibuat dan penyokong turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tunku Ismail memberitahu, situasi sebaliknya berlaku di Johor apabila beliau sebagai pemilik JDT menolak permohonan menteri besar semata-mata untuk memenuhi kehendak penyokong.

"Menteri Besar Johor memohon tiket sebanyak 1000 keping pun saya menolak permohonan tersebut. Saya hanya memberikan setakat 600 tiket sahaja.

"Saya juga dimaklumkan ada juga individu-individu di Johor yang cuba menjual tiket perlawanan akhir ini.

"Siasatan sedang dilakukan mengenai perkara ini. Sekiranya tidak berlaku Alhamdulillah tetapi jika didapati ia benar, bersedialah berjumpa dengan saya." tegas beliau.

Tunku Ismail selain itu turut menasihatkan individu tertentu supaya tidak mempolitikkan bola sepak kerna ianya milik rakyat.

Tags / Kata Kunci: KFA , Kedah FAM , JDT

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan