Fifa Tunggu India - Bola Sepak | mStar

Fifa Tunggu India

Diterbitkan: Khamis, 2 November 2017 7:24 PM

(Ubah saiz teks)

ZURICH: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa  (Fifa) sedang menunggu maklumat mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Delhi yang membatalkan pemilihan presiden bola sepak India (AIFF) yang terbaharu.

Undang-undang Fifa mengisytiharkan bahawa persekutuan anggota mesti bebas daripada campur tangan undang-undang dan politik di negara masing-masing serta telah menggantung persatuan kebangsaan lain yang mempunyai kes sama pada masa lalu.

Melalui kiriman emel yang dihantar kepada Reuters pada Khamis, Fifa berkata: "Sedang menunggu komunikasi rasmi daripada AIFF mengenai perkara tersebut. Kami tidak mempunyai apa-apa komen buat masa ini."

AIFF pada Selasa mengesahkan bahawa Mahkamah Tinggi Delhi memerintahkan agar pemilihan dibuat semula pada Disember, yang menyaksikan Praful Patel dipilih semula sebagai presidennya.

Difahamkan, Mahkamah Tinggi telah melantik bekas pesuruhjaya pilihan raya negara, S.Y. Quraishi sebagai pentadbir AIFF dan memberikannya kuasa untuk menjalankan proses pemilihan baharu dalam tempoh lima bulan di bawah peraturan yang ditetapkan oleh kod sukan kebangsaan. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Fifa , AIFF
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan