Arsenal Sasar Pemain 'Tak Gembira' Di Chelsea

Diterbitkan: Khamis, 2 November 2017 5:08 PM

(Ubah saiz teks)

ARSENAL sedang merancang kemasukan seorang pemain muda sensasi Chelsea, menurut laporan.

Charly Musonda, 21, hanya bermain dalam lima perlawanan untuk The Blues musim ini, termasuk di Piala Carabao.

Musonda menolak peluang untuk keluar secara pinjaman pada musim panas, sebaliknya ingin mencabar diri untuk mendapat tempat dalam pasukan utama.

Tetapi impiannya itu tidak kesampaian dan dia sekarang bersedia untuk meninggalkan Stamford Bridge dan mencuba nasib bersama kelab baharu, menurut Foot Mercato.

Charly Musonda. -fotoREUTERS

Laman berita Perancis itu melaporkan bahawa 'Charly telah memaklumkan Chelsea bahawa dia tidak akan melanjutkan kontraknya dan akan cuba meninggalkan kelab pada bulan Januari'.

Kontrak pemain muda itu tamat pada Jun 2019, tetapi Chelsea mungkin boleh melepaskannya dan mendapatkan bayaran daripada penjualannya.

Foot Mercato menambah Musonda 'percaya sudah tiba masanya untuk dia bermain bola sepak secara kerap' dan dia tidak lagi berharap untuk mendapat lebih banyak masa bermain daripada kelab itu pada masa ini'.

Salah sebuah kelab yang sedang menunggu untuk menandatangani pemain sayap itu adalah Arsenal.

Dilaporkan bahawa Gunners 'bersedia untuk menawarkan tawaran kepada Chelsea' bagi mendapatkan Musonda pada Januari.

Musonda telah berada di Chelsea sejak berumur 15 tahun, tetapi mungkin akan diatur untuk berpindah dari kelab barat London ke utara London. -theSun

Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger , Charly Musonda

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan